Isu Wisma Tok Guru Jadi Tumpuan Di Mahkamah

November 15, 2017 by Caspian

Category: politik

Isu pertikaian hak milik Wisma Tok Guru di Kota Bharu, menjadi tumpuan di Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu, hari ini apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa mengemukakan injunksi terhadap pemilik tanah baru tanah Mohd Yasin Yusoff.

Kamar perbicaraan dipenuhi penyokong PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak jam 9 pagi tadi.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Hakim Datuk Ahmad Bache menetapkan prosiding dimulakan semula jam 2.15 petang nanti.

Husam diwakili peguam daripada tetuan Zayumi Murtadza & Co, manakala Mohd Yasin diwakili Tetuan Wan Jawahir & Takiyuddin.

Terdahulu, Ahmad pada awalnya mendengar sebutan kes pihak pendakwaraya sebelum memanggil peguam yang mewakili kedua-dua pihak ke kamarnya.

Difahamkan, kedua-dua pihak melalui peguam masing-masing pada awalnya ditawarkan menyelesaikan isu di luar mahkamah.

Bagaimanapun, gagal mendapat persetujuan bersama dan peguam Husam mahu meneruskan perbicaraan.

Terdahulu, PAS menegaskan notis supaya Husam keluar daripada premis tersebut sudah tamat pada 12 November lalu.

Isu perebutan tanah itu bermula susulan tanah yang asalnya milik bekas ADUN Salor, allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim menggunakan nama isterinya dijual kepada Mohd Yasin yang juga setiausaha kerja PAS Kelantan dengan harga RM700,000.

Sebagai rekod, tanah itu pada awalnya menempatkan pejabat Ahmad Rosli sebagai ADUN Salor dan kemudiannya diserahkan kepada Husam sebagai ADUN baru pada 2008.

Husam yang juga naib presiden AMANAH mendakwa beliau diberi keizinan oleh Ahmad Rosli untuk membina bangunan tambahan baru di tanah tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar