Setiausaha Agung Bersatu Beri Keterangan 3 Jam Di ROS

November 15, 2017 by Caspian

Category: politik

logo Bersatu

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh hari ini memberi keterangan hampir tiga jam di Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini.

Beliau yang memberi keterangan sejak 10 pagi berkata kehadirannya di Ibu Pejabat ROS itu adalah untuk memberi keterangan susulan beberapa laporan yang dibuat kepada ROS berhubung dakwaan pimpinan tertinggi gagal mematuhi perlembagaan parti.

Lapan bahagian Bersatu Johor membuat laporan kepada ROS berhubung perkara itu, antaranya kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian Bersatu mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

“Saya memberi kerjasama penuh dengan mengemukakan bukti dan keterangan berdasarkan kepada perlembagaan Bersatu. Saya menjelaskan kenapa sesuatu tindakan dan keputusan diambil,” katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan.

Berhubung sayap Pemuda Bersatu, Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Shahruddin berkata, Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Abdul Rahman akan hadir memberi keterangan kepada ROS dalam masa terdekat.

Minggu lepas, Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim berkata, Armada tidak ada dalam perlembagaan parti itu, justeru penggunaan istilah yang tiada dalam perlembagaan parti boleh menyebabkan pendaftaran sesebuah pertubuhan dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar