Minyak Naik Antara Punca Bersatu Masih Gagal Adakan AGM

November 17, 2017 by Caspian

Category: editor

Heboh diperkatakan akan kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih gagal mengadakan Mesyuarat Agung pertama setelah setahun parti ini ditubuhkan. Keadaan ini menyaksikan pendaftaran parti ini berada dalam keadaan bahaya kerana menurut RoS, ianya menyalahi undang-undang Pendaftar Pertubuhan.

Ketika diajukan permasalahan ini, salah seorang sekreteriat Bersatu memberitahu, selain daripada alasan yang diberikan oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir, kenaikan harga minyak juga turut merencatkan perancangan untuk mengadakan AGM yang pertama.

Menurutnya, bayangkan perwakilan dari Perlis dan Sarawak mahu datang ke AGM kelak, pastinya mereka akan mengisi minyak dan membayar tiket kapal terbang. Pastinya akan membebankan para perwakilan Bersatu kelak.

Malah, kenaikan harga minyak ini juga telah menyebabkan kos untuk menyewa dewan besar seperti di IDCC ataupun di KLCC, turut meningkat dan ini cukup membebankan Bersatu sebagai sebuah parti yang baru setahun ditubuhkan.

Justeru katanya, kepimpinan Bersatu bercadang untuk mengadakan AGM pertama mereka sebaik sahaja harga minyak turun di bawah RM 2 seliter. Jika tidak, AGM ini akan terus terpaksa ditangguhkan demi memastikan kesemua perwakilan dapat hadir.

Malah, beliau juga tidak menolak kemungkinan, AGM Bersatu kelak mungkin akan diadakan di dewan orang ramai ataupun padang-padang utama seperti Padang Timur kerana kos penganjuran juga akan jadi lebih murah berbanding mengadakan AGM ini di dewan-dewan eksklusif.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengharapkan agar orang ramai tidak mensensasikan masalah AGM Bersatu ini dan beliau juga meminta ahli Bersatu serta perwakilannya supaya bertenang dan bersabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255037Total visitors:
  • Skip to toolbar