Kenaikan RM Tidak Ada Kaitan Najib Tapi Dipengaruhi Harga Minyak Yg Tinggi

November 22, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

 

Adalah tidak benar bila mengaitkan kenaikan nilai ringgit sekarang ini dengan Najib.  Apa bodoh punya penilaian seperti itu?  Najib hanya boleh dikaitkan sekiranya nilai RM jatuh, bukan ketika nilai RM meningkat berbanding USD.

Nilai RM yang naik sekarang ini adalah kerana harga minyak dunia juga meningkat naik.  Sekalipun ekonomi kita tidak bergantung sepenuhnya kepada pendapatan dari hasil minyak lagi seperti dulu tapi masih lagi minyak memainkan faktor penting dalam menentukan sekurang-kurangnya, kenaikan nilai RM.

Pendapat ini disokong ramai penganalisa ekonomi yang faham bagaimana turun naik nilai matawang ditentukan.

Justeru, Najib atau sesiapa dalam kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil kredit di atas kenaikan nilai RM yang agak significant sekarang ini.  Perkara itu bukan ditentukan oleh mereka tapi perkara-perkara lain yang tidak langsung berkaitan mereka.

Selepas kenaikan harga minyak dunia ini, apa yang Najib perlu lakukan ialah menurunkan harga minyak dengan mengembalikan semula subsidi yang selama ini dinafikan dari rakyat.  Pakatan Harapan dalam belanjawan alternatif 2018 nya, berjanji untuk memberikan subsidi minyak sebanyak RM0.20/liter untuk semua kenderaan 1000cc ke bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255037Total visitors:
  • Skip to toolbar