Banjir Di Kelantan Dan Terengganu Lagi Teruk Berbanding Pulau Pinang

November 29, 2017 by Caspian

Category: editor

Musim tengkujuh kembali lagi dan sudah semestinya, negeri Kelantan dan Terengganu antara dua buah negeri yang akan mula-mula tenggelam akibat banjir.

Apa yang pasti, seperti sudah menjadi rutin tahunan, kedua-dua buah negeri ini akan mengalami banjir pada setiap hujung tahun. Paling teruk adalah tahun 2014 di mana kedua-dua buah negeri ini tenggelam.

Namun begitu, disaat “acara rutin tahunan” ini berlaku di Kelantan dan Terengganu, ramai pihak menghentam kerajaan negeri Pulau Pinang bila ditenggelami air. Macam-macam tuduhan di berikan sampaikan kerajaan negeri ini melakukan dosa besar bila menganjurkan Oktoberfest.

Jika kerajaan negeri melakukan dosa besar menganjurkan Oktoberfest sehingga ditenggelami banjir, apakah dua buah kerajaan negeri ini juga melakukan dosa besar sehingga setiap tahun akan ditenggelami banjir?

Setidak-tidaknya di Pulau Pinang, hanya beberapa orang sahaja yang maut sebab banjir. Di Kelantan dan Terengganu pula, sudah beratus orang mati disebabkan banjir. Siapa lagi teruk sekarang?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255037Total visitors:
  • Skip to toolbar