Harga Minyak Dijangka Naik Malam Ini

November 29, 2017 by Caspian

Category: editor

Setiap hari Rabu, seluruh rakyat Malaysia akan menantikan harga runcit baru bagi minyak petrol dan diesel yang akan berkuatkuassa selama seminggu.

Kira-kira 3 minggu lalu, harga minyak telah naik sebanyak 7 sen seliter bagi RON 95 untuk dua minggu berturut-turut. Cuma, minggu lalu sahaja harga minyak turun sebanyak 8 sen.

Minggu ini pula, menurut jangkaan dari Invoke, harga runcit petrol bagi RON 85 dijangka akan naik sebanyak 10 sen berkuat kuasa malam ini.

Kenaikan ini disebabkan oleh kelembapan ekonomi Malaysia dan pasaran minyak brent yang tidak menentu di pasaran antarabangsa.

Disamping itu, OPEC juga tidak berani untuk menjangkakan harga minyak untuk beberapa minggu yang akan datang. Inilah antara punca kenaikan harga minyak untuk minggu ini.

Sumber dalam Invoke pula memberitahu, jangkaan kenaikan ini akan terus berlaku walaupun bermula Sabtu lalu, cuti penggal persekolahan sudah bermula.

Mungkin, inilah masanya untuk mengaut lebih pendapatan buat kerajaan memandangkan kebanyakan ibu bapa akan membuat perjalanan jauh dan ianya pasti akan menggunakan minyak yang banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar