Rawang-Bypass Akan Diswastakan – Kerajaan Selangor

November 29, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kerajaan Selangor selaku pihak berkepentingan dalam projek Rawang-Bypass bernilai RM 628 juta, bercadang untuk menswastakan laluan berkenaan bagi mengurangkan beban kewangan yang terpaksa ditanggung kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan – menurut sumber kerajaan negeri yang tahu tentang perkara ini.

RM 628 juta untuk jalan yang hanya sepanjang 9 kilometer difikirkan terlalu mahal dan membebankan.

Kerajaan Selangor seperti yang diketahui umum, mempunyai pengalaman menguruskan konsesi tol melalui pegangan dalam KESAS dan beberapa konsesi lain, tidak ada masalah untuk menguruskan satu lagi konsesi.

Apatah lagi konsesi Rawang-Bypass ini terlalu kecil jumlahnya berbanding konsesi sedia ada yang dikendalikan oleh kerajaan Selangor.

Perkara ini bagaimanapun perlu mendapat kelulusan kerajaan persekutuan terlebih dahulu, kerana kos pembinaan laluan tersebut ditanggung secara sama rata oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar