Di Mana Ahli Parlimen Harapan?

November 30, 2017 by Caspian

Category: politik

Pakatan Harapan

Pas mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (Harapan) yang menghilangkan diri ketika Dewan Rakyat meluluskan Bajet 2018 setelah ia melalui perbahasan di peringkat dasar, jawatankuasa dan dibacakan kali ketiga, kelmarin.

Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen Pas, Syed Ahmad Fahdli berkata, ramai Ahli Parlimen Harapan hilang dari dewan, sedangkan itulah peluang terbaik meminta undi belah bahagian.

“Mereka sudah malu agaknya kerana sebelum ini Tan Sri Speaker (Pandikar Amin Mulia) mendedahkan kesilapan keputusan pengundian undi belah bahagi Bajet Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berpunca daripada Ahli Parlimen Kapar yang tidak menanda kertas undi Ahli Parlimen Stampin yang hadir ketika pengundian.

“Harapan gagal dalam pengundian kerana kesilapan sendiri, tetapi dua ahli parlimen Pas yang berkecuali pula dipersalahkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264270Total visitors:
  • Skip to toolbar