Saya Tak Akan Lari, Kata MB Johor

November 30, 2017 by Caspian

Category: politik

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan menjelaskan dakwaan yang mengaitkannya dalam kes penukaran status lot perumahan bumiputera pada Isnin ini.

“Perkara itu dibangkitkan dalam dewan, dan sebenarnya apabila ada bicara (siasatan) tak boleh cakap di luar.

“Kita tunggu Isnin ini. Saya tak akan lari, saya ada di sini,” katanya kepada pemberita dalam rakaman oleh unit media negeri, Muafakat Johor.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Khaled bermaksud untuk memberi penjelasan berhubung perkara itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor atau tidak.

Terdahulu, sebuah laman web memuat naik dokumen kenyataan percakapan berstatus rahsia melibatkan kes bekas exco kerajaan negeri Datuk Abdul Latif Bandi, yang dihadapkan 33 pertuduhan rasuah hartanah melibatkan RM30.3 juta awal tahun ini.

Ia dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Shu Qi ketika sidang DUN pada 27 November lalu.
Wong menuntut Khaled menjawab dakwaan dokumen itu yang kononnya mengandungi kenyataan seorang saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengatakan Khaled menerima suapan sebanyak RM12 juta untuk menukar status lot perumahan bumiputera kepada bukan bumiputera.

Pada 28 November lalu, SPRM mengesahkan pembocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan kes Abdul Latif itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata badan itu memandang serius pembocoran itu dan akan membuat laporan polis agar pihak yang bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264267Total visitors:
  • Skip to toolbar