Tol Dijangka Naik Jika BN Menang?

November 30, 2017 by Caspian

Category: politik

Tol dijangka naik jika BN menang?

KERAJAAN BN dipercayai akan terus menaikkan kadar tol jika mereka menang pada PRU14.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berdakwa, ini kerana BN sendiri yang memungkiri janjinya untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat di kebanyakan lebuh raya di Lembah Klang seperti dalam manifestonya pada PRU13.

“Dua tahun setengah selepas PRU13, kerajaan BN gagal menunaikan janji dalam manifestonya itu dan membenarkan kenaikan kadar tol antara 20 sen sehingga RM2.30 di lapan laluan tol.

“Sebagai contoh, tol bagi lebuh raya MEX ke Putrajaya meningkat dari RM2.50 kepada RM3.50.

“Tol untuk lebuh raya LDP pula dinaikkan sebanyak 50 sen dari RM1.60 kepada RM2.10,” katanya seperti disiarkan dalam Nanyang Siang Pau.

Menurutnya, kerajaan mesti membayar pampasan kepada syarikat konsesi tol jika kadar tol tidak dinaikkan seperti dijadualkan.

“Mengambil kira kedudukan kewangan negara yang tidak stabil, kerajaan mungkin tidak mampu bayar pampasan sehingga membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol, contohnya kadar tol Projek Lebuh raya Utara Selatan (Plus) yang sepatutnya dinaikkan sebanyak lima peratus pada 2016, namun tidak dikuatkuasakan.

“Mengikut laporan akhbar, Plus dibenarkan untuk menaikkan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun.

“Jika kenaikan yang sepatutnya berlaku pada 2016 itu dikira sekali dengan unjuran kenaikan kadar tol pada 2019, Plus akan meningkatkan kadar tolnya sebanyak 10 peratus,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264268Total visitors:
  • Skip to toolbar