Menteri Kerjaraya Nafi Hak Azmin Rasmi Rawang-Bypass

December 4, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sumber dalam PKR mengesahkan bahawa Datuk Seri Azmin Ali mempunyai hak untuk merasmikan Rawang-Bypass kerana ia terletak dalam negeri Selangor, sekalipun wang untuk pembinaannya adalah wang kerajaan pusat.

Menteri Kerjaraya dari Sarawak itu sepatutnya malu kerana merasmikan projek sebesar ini tanpa kehadiran Menteri Besar.  Malah boleh disifatkan sebagai kurang ajar kerana masuk merasmikan rumah orang tanpa kebenaran tuan rumah.  Dalam hal ini Azmin adalah tuan rumah.

Kerajaan negeri Selangor akan menghantar surat bantahan kepada kerajaan persekutuan kerana membenarkan Menteri Kerjaraya untuk merasmikan jalan tersebut dan tidak menjemput Menteri Besar.

Menteri Besar, perlu merasmikan semula jalan ini kerana dalam perasmian kali pertama, beliau sebagai ketua kerajaan negeri telah dinafikan hak untuk merasmikannya.  Rakyat pun menantikan Menteri Besar Azmin untuk merasmikan jalan tersebut sebelum menggunakannya.

Kerajaan Selangor sedang melihat semua projek kerajaan persekutuan dalam negeri tersebut dan akan memantau waktu perasmiannya agar Menteri Besar tidak lagi diketepikan.  Antara projek mega yang telah dikenal pasti ialah projek MRT jajaran Putrajaya yang sedang dalam pembinaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar