Berapa Juta Pula Dihabiskan UMNO Untuk PAU Kali Ini?

December 5, 2017 by Caspian

Category: editor

Seperti biasa, UMNO akan mengadakan Perhimpunan Agungnya untuk kali ke 71. Perhimpunan ini dijangka bakal dihadiri oleh kira-kira lebih 5,500 orang perwakilan dari seluruh negara.

Melihat kepada angka sebesar ini ditambah pula dengan pelbagai ekspo dalaman serta pameran, timbul persoalan, berapa banyak juta Ringgit dihabiskan untuk mengadakan himpunan seperti ini?

Soalan berkenaan diajukan oleh Exco Armada Bersatu yang melihat apa yang dilakukan oleh oleh UMNO hari ini cukup membazir dan menunjuk-nunjuk.

Ujar Exco berkenaan, UMNO tidak perlu menunjukkan kononnya mereka memperolehi sokongan besar dari kalangan rakyat sedangkan hari ini, Bersatu dan Pakatan Harapan lebih menguasai politik negara dan diramalkan mampu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Sambung Exco berkenaan lagi, bukan satu perkara yang mengejutkan andai kerajaan memutuskan untuk menaikkan lagi harga minyak hanya untuk menampung kos-kos yang dibazirkan hanya untuk mengadakan 1 persidangan tahunan.

Tambahnya, UMNO semasa di tadbir oleh Tun Dr Mahathir Mohamad lebih tahu berjimat cermat ketika menganurkan PAU berbanding UMNO yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar