Sumber Sahkan Dr. Mahathir Mungkin Kembalikan Darjah “Tun”

December 5, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sumber dalam PPBM mengesahkan bahawa Tun Mahathir mungkin akan memulangkan semula darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun sebagai langkah terakhir untuk ‘membebaskan’ beliau dari sebarang kaitan dengan kerajaan BN.

Lagipun, seperti yang diketahui umum, banyak usaha dibuat kerajaan sekarang untuk menarik balik darjah kebesaran tertinggi negaratersebut.  Ini adalah langkah terbaru BN untuk menafikan jasa Tun setelah beberapa keistimewaan yang dulu diberikan kepada Tun seperti bodyguard dan tukang masak ditarik balik.

Untuk ‘memudahkan’ perkara tersebut, Tun sendiri akan memulangkan darjah kebesaran berkenaan.

Bagaimanapun jika perkara ini dibuat, ia mungkin bukan dalam jangka masa terdekat.  Ada besar kemungkinan darjah kebesaran berkenaan hanya akan dipulangkan setelah parlimen dibubarkan nanti.

Dengan cara ini, Tun bukan sahaja dapat membuktikan kredebiliti beliau sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan malah, dapat juga mendapat sedikit simpati dari rakyat.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar