‘Ada Nampak Mummy Happy?’ Bergema Di PAU 2017

December 6, 2017 by Caspian

Category: politik

Fadzilah Musakuti

Ayat berhantu ‘Ada nampak Mummy happy?’ yang menjadi ikutan ramai masa kini turut bergema Perhimpunan Agung Puteri Umno 2017.

Perwakilan Puteri Umno Gelang Patah, Fadzilah Musakuti mengutarakan soalan tersebut semasa menyokong bahas cadangan ekonomi.

“Isu ekonomi ini serius ya jadi kita tidak boleh main-main,” katanya.

Berikutan itu, para perwakilan lain turut mengusik beliau dengan memanggilnya ‘mummy’.

Beliau juga nampaknya menyambut baik usikan tersebut malah kelihatan ‘sporting’ dengan panggilan tersebut.

“Pandai anak-anak mummy,” katanya lagi.

Hari ini, ketiga-tiga sayap Umno – Wanita, Pemuda dan Puteri mengadakan perhimpunan masing-masing di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan setiap ketua sayap menyampaikan ucapan dasar disusuli pembentangan usul dan perbahasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar