Pengkhianatan Sesama Ahli Keluarga, Biasa Dalam Keluarga Ali

December 6, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

TINDAKAN Azwan Ali  yang bukan saja mengikut Jamal Yunos ke perhimpunan agung UMNO hari ini malah mengkritik abangnya sendiri secara terbuka, bukanlah sesuatu yang mengejutkan.  Seorang yang tidak tetap pendirian dan suka menangguk di air yang keruh untuk populariti sendiri memang sudah dijangka.

Kebetulan anak saudara kepada YAB Datuk Seri Azmin Ali  telah ditahan reman akibat fitnah rasuah, Azwan tiba-tiba muncul untuk mendapatkan populariti murahan.

Tidak ada apa yang perlu dihairankan dengan perkara ini.  Keluarga ini memang dari awal lagi sering bertelagah sesama sendiri.  Menurut sumber, ia ada kaitan dengan masalah peribadi masing-masing, bukan berkaitan sangat dengan Azmin.

Itu baru Azwan belum lagi bercakap pasal Umi Hafilda.  Kedua-dua ini sering kali memberi masalah kepada Azmin sejak dari 90-an lagi .  Sekejap macam itu, sekejap macam ini, kahwin pun ada tidak dijemput.

Oleh yang demikian, sepatutnya isu ini tidak diperbesarkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar