‘Tanya Wartawan Itu Siapa Azmin Ali?’

December 6, 2017 by Caspian

Category: politik

 Azwan Ali

Selebriti sensasi, Azwan Ali mendakwa seorang wartawan akhbar berbahasa Inggeris mengetahui rahsia Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan siapa sebenarnya beliau.

Azwan yang ditemui media ketika mengunjungi Perhimpunan Agung Umno 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, wartawan tersebut mempunyai rahsia abangnya itu.

“Saya harus dedahkan seorang wartawan, ada rahsia MB Selangor.

“Saya tak akan dedahkan sekarang, cari wartawan itu sampai dapat kalau kamu (wartawan lain) jumpa…. tanya dia siapa Azmin Ali,” katanya kepada media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azwan turut mencabar Azmin supaya melakukan sumpah laknat bagi membuktikan Azmin ‘bersih daripada perkara kotor’.

“Yang terbaru Azwan Ali mencabar Menteri Besar Selangor untuk sumpah laknat sebab sekarang Shilla Amin pun sudah buat sumpah laknat.

“Kau (Azmin) kenapa takut buat sumpah laknat mari sini aku cabar kau, dan itu harus berlangsung dalam sebuah Masjid bersaksikan 7 Imam, ini syarat saya bukan syarat dia…ini bagi menafikan apa sahaja dakwaan yang dikaitkan dengannya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ketika disoal kenapa baharu hari ini beliau mendedahkan segalanya perihal Azmin, Azwan berkata beliau sudah memendamkan perkara ini selama lima tahun.

“Saya sudah bersabar lima tahun haruskah saya berdiam dengan perangai dia (Azmin) mencucuk adik beradik….mencaci, hina nama saya….dan kini saya sudah ada bukti semuanya dan saya akan korek habis-habisan,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar