‘Biar Dicincang Lumat, Putrajaya Kita Pertahankan’

December 7, 2017 by Caspian

Category: politik

Meneruskan tradisi dalam perhimpunan sebelumnya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017 meniupkan semboyan untuk menaikkan semangat perwakilan yang hadir.

Apatah lagi ia adalah perhimpunan terakhir sebelum ‘bertarung’ dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang akan diadakan dalam masa beberapa bulan lagi.

Menutup ucapannya, Najib menggesa 5,739 perwakilan dari seluruh negara untuk berusaha bermati-matian bagi mengekalkan kemenangan pada PRU akan datang, biarpun dalam keadaan “lumat dicincang”.

“Umno adalah sebenar dan sesungguhnya parti ‘berkaromah’ untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Kalau digantung kita tinggi, biar dicincang kita lumat, namun menyerah tidak sekali-kali.

“Perang kali ini kita gempur habis-habisan. Pilihan raya ini pasti mendapat menang, dan Putrajaya tetap kita pertahankan,” katanya.

Jika sebelumnya serangan banyak tertumpu kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, perhimpunan kali ini – termasuk dalam ucapan Najib – fokus lebih terarah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini mengetuai pembangkang.

Maka ia boleh dijadikan petunjuk tentang lawan utama Umno dalam pertarungan PRU ke-14 nanti.

Namun, DAP tetap menjadi sasaran utama dalam PAU 2017.

Menurut Najib, terdapat dua pilihan rakyat dalam PRU nanti, sama ada “menuju cahaya di hujung jalan yang sudah tampak terang-benderang” bersama Umno dan BN, atau “kelam gelita dan penuh tipu daya di bawah cengkaman dinasti DAP”.

“Untuk memastikan kemenangan besar kal ini…janganlah ditiru sifatnya pahat, sekali diketuk baru bergerak. Tirulah resminya gergaji tajam, pulang dan perginya membawa keputusan.

“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berkorban raga, kasihnya kita kepada parti tiada penghujungnya,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255035Total visitors:
  • Skip to toolbar