Karikatur: Tindakan ‘Double Standard’ PDRM Dipersoal

December 7, 2017 by Caspian

Category: politik

Karikatur: Tindakan 'double standard' PDRM dipersoal

Kartunis Zunar mempersoalkan pihak berkuasa di negara ini yang dilihat berat sebelah kerana tidak mengambil tindakan terhadap kartunis yang mempamerkan karikatur pemimpin Pakatan Harapan (Harapan) di Perhimpunan Agung Umno 2017.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque berkata, perkara itu menunjukkan hipokrasi dan ‘double standard’ diamalkan di negara ini berikutan beliau sebelum ini pernah ditahan dan disoal siasat kerana lukisan kartunnya.

“Sebagai kartunis dalam kebebasan berkarya, saya tiada masalah mengenai perkara itu, tetapi apabila saya adakan pameran lukisan kartun di tingkat 3 Komtar pada November 2016, saya diserang ahli-ahli Umno.

“Dalam serangan itu, lukisan saya dirosakkan dan didesak agar lukisan diturunkan. Saya akur sebab mereka ganas. Saya sekali lagi diberi amaran kumpulan sama pada September lalu supaya tidak meneruskan pameran lukisan kartun saya di Lebuh Pantai.

“Jadi inilah dikatakan hipokrasi. Saya buat dengan kandungan lukisan yang tidak dipersetujui, mereka terus serang dan saya turut ditahan. Jika mereka, tiada apa-apa tindakan diambil walaupun buat perkara sama,” katanya kepada media, semalam.

Kartunis berusia 55 tahun itu berkata, kartunis perlu mempunyai etika agar tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

“Walaupun orang kata kartun saya ‘keras’, saya tetap ada etika itu. Kebebasan berkarya bukan lesen untuk menyentuh isu perkauman.

“Saya nak tanya polis, kenapa orang Umno buat, tak diambil tindakan?.

“Adakah ini menunjukkan di negara ini ada dua set undang-undang iaitu satu untuk orang Umno dan satu lagi untuk orang biasa?” soalnya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, tindakan gambar wajahnya dan bapanya yang juga Penasihat DAP, Lim Kit Siang digunakan di Perhimpunan Agung Umno 2017 membuktikan Umno ketandusan modal berpolitik.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, tindakan memaparkan wajahnya dan beberapa pemimpin Harapan lain tanpa kebenaran disifatkan sebagai serangan melampau.

“Jika nak buat karikatur tak apa, tapi ini guna gambar saya. Mereka nampaknya bankrap modal politik dan guna isu perkauman dan agama sehingga menyebabkan ketegangan dalam kalangan rakyat.

“Nampaknya kartunis ini boleh berkarya secara bebas tanpa dikawal dan diambil tindakan. Mereka buat serangan liar dan melampau ke atas saya. Saya lihat serangan ini dengan semangat demokrasi. Jika nak kritik, biar guna fakta,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang jika menggunakan dirinya bagi menyebarkan fitnah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255035Total visitors:
  • Skip to toolbar