Najib Kata Tugasnya Bukan Mudah

December 7, 2017 by Caspian

Category: politik

Najib kata tugasnya bukan mudah

Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tugasnya sebagai Perdana Menteri tidak hanya terhad kepada parti kerajaan itu sahaja.

“Tugas dan amanah sebagai seorang PM bukan sekadar kepada lebih tiga juta lebih ahli Umno mahupun tujuh juta ahli BN. Tidak juga terhad kepada 69 peratus bumiputera Islam ataupun bukan Islam.

“Yang tertanggung di atas kedua bahu saya adalah ehwal kepentingan sejumlah 32 juta rakyat Malaysia tidak mengira kaum, latar keturunan fahaman mahupun agama,”katanya ketika ucapan dasar Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.

Menurutnya, beliau menekankan pentingkan PRU14 pada kesemua rakyat.

“PRU14 bukanlah sekadar PRU, ia lebih mustahak daripada itu. Jika kali ini negara tergadai, terlepas pada pihak yang salah, apa yang bapa-bapa kita bina dahulu tergadai semuanya. Hancur berkecai di depan mata,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255035Total visitors:
  • Skip to toolbar