PAU2017: Komunis Serbu PWTC!!

December 7, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

UMNO ternyata tidak sensitif dengan sentimen rakyat Malaysia apabila menjemput sekurang-kurangnya 2 wakil parti komunis, masing-masing dari China dan Vietnam datang perhimpunan agung mereka untuk tahun ini.

Kehadiran mereka diumum dengan bangga oeh Setiausaha Agung, Tengku Adnan Tengku Mansor dan kemudiannya disambut dengan tepukan tangan oleh perwakilan UMNO yang hadir.

Pengganas komunis menumpahkan banyak darah tentera dan rakyat negara kita dari zaman penjajahan Jepun sehingga meletak senjata pada tahun 1989 sekalipun tidak dinafikan sesetengah dari mereka turut menyumbangkan jasa kepada kemerdekaan negara.

Menurut beberapa orang ahli PPBM yang dihubungi, sepanjang 22 tahun Tun Mahathir menjadi Presiden UMNO, perkara ini tidak pernah berlaku.  Tidak pernah dalam sejarah 22 tahun itu, wakil dari parti komunis negara luar dipanggil menghadiri mesyuarat UMNO.

Hanya setelah Najib mengambil alih pada tahun 2009, barulah perkara ini menjadi tradisi, setiap kali UMNO mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Semua ini alasan yang cukup untuk rakyat menolak UMNO dalam PRU14 yang akan datang.  UMNO ternyata mengkhianati rakyat dan mereka yang berkorban nyawa mempertahankan negara ini dari ancaman komunis.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255036Total visitors:
  • Skip to toolbar