Pembangkang Hanya Tahu Berbohong: Najib

December 7, 2017 by Caspian

Category: politik

Pembangkang hanya tahu berbohong: Najib

Umno sebuah parti yang jauh berbeza berbanding pembangkang yang kononnya memperjuangkan hal ehwal rakyat, tetapi sebenarnya sibuk bersandiwara.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno tidak seperti pembangkang yang mengamalkan pendekatan memujuk dan mempersatu demi memperkukuhkan parti serta Kerajaan.

“Sebab itulah, dalam parti pembangkang, timbul pertembungan empat nakhoda. Ada ketua umum, ada pengerusi, ada presiden dan ada pula jawatan penasihat.

“Kalau kemelut dalaman parti sendiri pun tak boleh diselesai-selesai, cuba bayangkan, macam mana mereka nak ambil alih pentadbiran negara ini,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui dalam Pakatan Harapan ada pemimpin ‘penyangak’.

Ini kerana katanya, Pas yang pernah bergabung dengan PKR dan DAP, tentu mengetahui siapa penyangak dan siapa sebenarnya pemimpin sejati.

“Berbeza dengan Umno. Di usia lebih tujuh dekad, Umno semakin matang, mengamalkan politik sihat dan cenderung kepada politik pemersatuan. Umno bukan ‘kaki gaduh’, apatah lagi mengaibkan, sampai sanggup membunuh karakter lawan,”katanya.

Najib berkata, pembangkang berterusan menyebarkan fitnah, kononnya Malaysia ‘is a failed state’ dan bakal bankrap, sedangkan faktanya, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga 2017 berada pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.

Katanya, bahkan kedudukan ekonomi sekarang, jauh lebih baik daripada KDNK negara pada 1998, iaitu penurunan -7.4 peratus, di zaman pimpinan bekas negarawan itu, manakala, Rizab antarabangsa sebanyak RM429 bilion berbanding 1997/1998, ketika kegawatan ekonomi Asia, rizab negara hanyalah RM59.1 bilion.

“Fikirlah sendiri. Kalau rizab serendah RM59.1 bilion, belum campur RM31 bilion yang hilang entah ke mana, pun negara masih tidak dituduh bankrap.

“Kejayaan-kejayaan yang ditempa negara kita bukanlah cakap-cakap kosong, sebaliknya, fakta-fakta pencapaiannya, diiktiraf oleh Badan-Badan Penarafan, bukan sahaja di peringkat kebangsaan, tetapi di persada antarabangsa,” katanya.

Dalam bidang pendidikan pula menurut Najib, dari peringkat pra sekolah hingga menengah pendidikan percuma diberi. Di peringkat pengajian tinggi, 90 peratus kos pengajian ditanggung Kerajaan.

“Dalam hal ini, pernyataan pihak pembangkang untuk memberikan pendidikan tinggi percuma, ternyata bercanggah. Sedangkan Universiti Selangor, milik Kerajaan negeri, di mana kita tahu, yuran pengajian pelajar dan lain-lainnya masih tidak percuma.

“Tengok! satu lagi pembohongan. Siapa yang kena bohong? Rakyat! Ini yang kita tidak mahu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255035Total visitors:
  • Skip to toolbar