Sultan Selangor: PPBM Sokong Datuk Zaid Ibrahim

December 7, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sumber dalaman PPBM menyatakan bahawa parti itu menyokong maksud di sebalik kenyataan pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim kelmarin dalam isu kemurkaan Sultan Selangor terhadap Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Walaupun sesetengah pihak menyifatkan kenyataan itu sebagai biadap dan sebagainya tapi itu mungkin dari cara Zaid membuat kenyataannya, bukan dari maksud yang cuba disampaikan.

Menurut sumber ini lagi, Datuk Zaid bukanlah terlalu bodoh untuk bangkit begitu berani menyanggah titah Sultan. Sebagai seornag yang mempunyai latar belakang perundangan, beliau tahu sejauh mana beliau boleh menyanggah titah Sultan.

Tambah sumber ini lagi, tidak guna berlakon baik dan hanya tahu mengangguk di hadapan Sultan sedangkan di belakang Sultan, mereka bertindak biadab. Sekurang-kurangnya Datuk Zaid berani tampil kehadapan dan membela nasib Tun Dr Mahathir Mohamad yang teruk dihentam oleh Paduka Sultan.

Malah, Tun Dr Mahathir sendiri jauh lebih hebat apabila berani menurunkan kekebalan Sultan-Sultan Melayu pada pentadbirannya dahulu. Justeru, apalah sangat kenyataan Datuk Zaid ini. Sambung sumber dalaman PPBM ini lagi, perkara kecil seumpama itu tidak perlulah diperbesarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1255035Total visitors:
  • Skip to toolbar