Ini Kemelut Antara Tun M Dan Istana, Tiada Kena Mengena Dengan Saya – Azmin

December 15, 2017 by Caspian

Category: editor

Ramai dikalangan pemain media dari UMNO dan BN, cuba mengeruhkan hubungan antara kerajaan negeri Selangor dengan Istana. Ramai yang mendakwa, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin ALi hanya mendiamkan diri disaat Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dengan konflik dengan pihak istana.

Ketika mendapatkan reaksi Datuk Seri Azmin Ali, sumber paling rapat dengan beliau memberi tahu, Datuk Seri Azmin jelas hairan dengan sikap pemain media sosial UMNO dan BN yang tidak henti-henti mengaitkan beliau dengan istana.

Kata sumber itu lagi, masalah ini timbul disebabkan Tun M mahu memulangkan pingat yang pernah beliau terima kerana berasakan tidak layak menyimpan pingat berkenaan. Ianya sama sekali tidak ada kena mengena dengan Datuk Seri Azmin Ali.

Justeru, tidak hairanlah, Datuk Seri Azmin hanya memilih untuk mendiamkan diri dalam kes ini kerana ianya melibatkan Sultan Selangor dan Tun M, bukannya diri dan kerajaan yang diperintah oleh Datuk Seri Azmin.

Sumber bekenaan juga mengajak orang ramai terutamanya pemain media UMNO dan BN supaya menghentikan perbuatan melaga-lagakan istana dengan Tun M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263309Total visitors:
  • Skip to toolbar