Kemenangan Aishah Dalam GV4, Adalah Juga Kemenangan Pakatan Harapan

December 18, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Tamat pertandingan Gegar Vaganza 4 semalam, yang menyaksikan kemenangan penyanyi Aishah yang juga aktivis Pakatan Harapan dan Amanah, BN boleh berkemas-kemas untuk keluar dari Putrajaya menjelang PRU14 yang akan datang.

Kemenangan ini, disamping sokongan begitu ramai artis-artis tempatan terhadap perjuangan Pakatan Harapan mutakhir ini, adalah bukti bahawa rakyat Malaysia bukan sekadar mengundi Aishah tapi juga mengundi Pakatan Harapan.

Aishah tidak menang seorang, beliau membawa Pakatan Harapan bersama dengannya.  Ini kerana pembabitan Aishah dengan Pakatan Harapan dan Amanah bukan rahsia, malah dilakukan secara terbuka.  Kali terakhir Aishah dilihat menyokong Pakatan Harapan ialah ketika himpun Anti Kleptokrasi di Petalling Jaya Oktober lepas.

Tidak hairan, sumber dari parti Amanah mengesahkan bahawa parti itu akan mencalonkan Aishah dalam PRU14 yang akan datang.  Dalam PRU13 yang lepas, PAS mencalonkan Aishah di Parlimen Jempol tapi kalah di tangan Isa Samad.

Keadaan bagaimanapun berbeza sekarang kerana pada waktu itu ia adalah penampilan pertama Aishah dalam pilihanraya umum, dsamping hakikat bahawa PAS yang mencalonkan Aishah.  Sekarang Aishah bernaung dibawa Amanah – parti yang ada masa depan lebih cemerlang dunia dan akhirat.

Syabas dan tahniah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263718Total visitors:
  • Skip to toolbar