Rugi RM 160 Billion: Tun M Ada Bukti Dari Bekas Gabenor Sendiri?

December 18, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Sekalipun Pakatan Harapan secara rasmi mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam isu kerugian Bank Negara sebanyak RM 160 billion antara 2013 hingga 2016 yang dibangkitkan Pengerusinya Tun Mahathir Mohammad, tetapi itu bukan bermaksud Tun Mahathir tidak mempunyai asas yang kukuh dalam membawa isu ini.

Menurut sumber yang tahu , Tun dikatakan ada dokumen dan bukti yang sangat kukuh untuk menyokong dakwaannya kali ini.  Benar, dalam skandal 1MDB dulupun Tun mendakwa ada dokumen dan bukti yang kukuh juga untuk menyokong dakwaan kehilangan RM 42 billion dalam skandal itu – sebelum terbongkar bahawa dokumen itu sebenarnya palsu.

Tapi dalam hal ini, bukti dan dokumen itu dkatakan diperolehi dari bekas Gabenornya sendiri!!!  Apa yang lebih kukuh dari itu?

Ini mengesahkan apa yang orang selalu kata bahawa Tun tidak akan bersuara kalau tidak ada asas yang kuat walaupun ada kekeliruan tentang kesahihan dokumen yang diterima beliau dalam skandal 1MDB.

Tidak hairanlah kata sumber yang sama, di kalangan mereka yang sudah melihat semua dokumen yang dimiliki Tun Mahathir tersebut, hampir semuanya berkata “habislah Najib kali ini”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263309Total visitors:
  • Skip to toolbar