Dr M Sindir Umno Curi ‘Lillahi Taala’

December 28, 2017 by Caspian

Category: politik

Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir laungan Umno ‘lillahi taala’ (kerana Allah Taala) yang dilaungkan oleh ketua penerangan parti itu Tan Sr Annuar Musa dan sekumpulan anggota Umno di Kelantan.

“Kata Annuar Musa – Umno lillahi taala atau Umno ‘kerana Allah’.

“Saya nak tanya apakah Umno mencuri kerana Allah, Umno menipu kerana Allah, Umno makan suap dan Umno sogok duit kerana Allah,” kata pengerusi Pakatan Harapan.

Mahathir turut berkongsi rakaman video berkaitan di Facebook, yang menunjukkan Annuar sedang berucap kepada sekumpulan penyokong dalam loghat Kelantan.

Beliau antaranya mengajak orang ramai melaungkan “lillahi taala” selepas beliau melaungkan Umno.

Mahathir, yang pernah menjadi presiden Umno paling lama dalam sejarahnya, turut mendakwa Umno terlibat dalam skandal berkaitan pilihan raya.

“Apakah Umno pindah pengundi, tukar tempat mengundi, tukar sempadan untuk mencuri pengundi Melayu, Umno seleweng undi pos kerana Allah.

“Annuar sepatutnya junjung Quran dan lafaz bahawa semua yang dunia tahu dilakukan oleh Umno adalah kerana Allah,” tulisnya di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298729Total visitors:
  • Skip to toolbar