Hotel Didakwa Batal Program Kerana Husam

December 28, 2017 by Caspian

Category: politik

Sebuah hotel milik anak syarikat kerajaan Kelantan didakwa membatalkan tempahan bagi sebuah program Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri itu, yang dijadual berlangsung malam ini, pada saat akhir.

Malah pihak hotel juga tidak berselindung berkenaan sebab pembatalan itu dengan mengatakan ia kerana melibatkan Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa, dakwa penganjur.

Program Bicara Anak Kelantan: Merungkai Persoalan Bersama Datuk Husam Musa dianjurkan laman Sokmo.net dan dijadual berlangsung di hotel yang terletak di Kota Bharu itu pada pukul 9 malam ini.

“Kami telah membuat tempahan dewan untuk program itu sejak awal November dengan membayar wang deposit dan memenuhi syarat yang ditetapkan hotel.

“(Tetapi) pengurusan diarahkan membatalkan tempahan itu 48 jam sebelum program. Alasan (syarikat) pemilik hotel ialah kerana ia melibatkan Husam,” kata pengarang Sokmo.net, Mohd Zuharman Mohammar Nor dalam kenyataan semalam.

Beliau mendakwa turut menjemput Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan ADUN Pulai Chondong Zulkifli Mamat untuk turut sama menjadi panel program itu, tetapi kedua-duanya menolak.

Mohd Zuharman mendakwa, selepas pembatalan mengejut itu pihaknya berhadapan kesukaran mencari lokasi lain memandangkan kebanyakan pemilik enggan membenarkan program itu dianjurkan di premis mereka.

Namun beliau berkata pihaknya akhirnya berjaya mendapatkan hotel lain dan program itu akan diteruskan seperti biasa seperti yang dijadualkan.

Malaysiakini sedang menghubungi pihak hotel dan syarikat pemilik bagi mendapatkan komen mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298729Total visitors:
  • Skip to toolbar