Mahu Penjelasan Isu Saman RM1b

December 28, 2017 by Caspian

Category: politik

Hadi Awang

Pemuda Amanah Terengganu meminta bekas Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan kepada rakyat mengenai isu sebenar tuntutan saman konsesi balak sehingga kerajaan negeri terpaksa menanggung tuntutan saman sebanyak RM1 bilion.

Ketuanya, Hasbie Muda berkata, ia bukanlah angka sedikit dan menyifatkan wang tersebut mempunyai nilai cukup besar untuk ditanggung rakyat.

Menurutnya, perkara tersebut perlu diberi penjelasan oleh Abdul Hadi akibat kecuaian kerajaan Pas Terengganu ketika memerintah negeri pada 1999 hingga 2004.

“Pendedahan Exco Terengganu bahawa kerajaan negeri perlu membayar saman RM1 bilion akibat tindakan kerajaan Pas 1999 hingga 2004 wajar diberikan perhatian.

“Elok rasanya jika bekas menteri besar Terengganu (1999 hingga 2004) membuat penjelasan.

“RM1 billion bukan sikit” katanya mengulas mengenai isu tuntutan saman yang turut dibangkitkan wakil kerajaan dalam Persidangan Dun Ke-13 di Wisma Darul Iman, minggu lepas.

Sebelum ini, kerajaan pimpinan Pas pernah disifatkan cuai sehingga kerajaan negeri BN terpaksa menanggung beban berikutan disaman syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn Bhd (Riyapadu).

Kecuaian pada tahun 2003 berkaitan konsesi balak itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar RM1 bilion kepada syarikat terbabit.

Saman tersebut dibuat Riyapadu terhadap kerajaan negeri disebabkan pihak terlibat menamatkan perjanjian penebangan balak di Tasik Kenyir yang ditarik balik ketika Pas memerintah Terengganu.

Penebangan balak berkenaan adalah bagi tujuan untuk membina empangan kedua mengambil hasil hutan di kawasan seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu yang telah dipersetujui oleh kerajaan BN sebelum 1999 dahulu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264267Total visitors:
  • Skip to toolbar