Putuskan Hubungan Dengan Umno

December 28, 2017 by Caspian

Category: politik

Lim Guan Eng

DAP mencabar MCA agar memutuskan hubungan dengan Umno kerana sudah ada tanda-tanda menunjukkan Umno semakin hari semakin rapat dengan Pas.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP sendiri tidak ingin lagi bersama dengan Pas dalam Pakatan Rakyat kerana partinya mempunyai prinsip.

“Apa yang DAP cakap akan terus dilakukan. Buktinya, apabila DAP ingin putuskan hubungan Pas kerana Pas memilih untuk berbaik-baik dengan Umno, DAP terus putus hubungan dengan parti Islam ini,” katanya seperti dipetik dalam China Press.

Kata Guan Eng, DAP perlu berani membuat keputusan walaupun ia akan merugikan pakatan pembangkang ketika PRU.

“Bagaimanapun, kami (Pakatan Harapan) masih mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru. Rakyat inginkan perubahan dan mahu tukar kerajaan. Itulah keyakinan kami bahawa kami akan capai kemenangan dalam PRU akan datang,” katanya.

Guan Eng berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai bahawa Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang ingin menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan baharu dalam PRU akan datang.

Sambil memberikan kata-kata nasihat kepada MCA, kata Guan Eng, MCA sekiranya ingin menjadi parti yang kuat, pemimpinnya mestilah berani menanggung tanggungjawab dan buat keputusan bijak.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong membidas kenyataan Guan Eng itu kerana semata-mata ingin mengalih perhatian mengenai kerjasama DAP dengan Pas dalam kerajaan negeri Selangor ketika ini.

Menurut Ka Siong, Guan Eng perlu menyalahkan dirinya sendiri kerana DAP pernah mengadakan kerjasama yang baik dengan Pas pada PRU lalu, malahan memberitahu kepada pengundi bahawa undi Pas bermakna undi DAP.

“Kenapa DAP ingin bekerjasama dengan Pas dalam PRU lalu? Kenapa sekarang pula nak membidas MCA? Guan Eng perlu rasa malu kerana pendiriannya telah berubah dengan membuat U turn,” kata Ka Siong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264269Total visitors:
  • Skip to toolbar