Semua Parti Komponen Harapan Tanding Kerusi Parlimen

December 28, 2017 by Caspian

Category: politik

Semua parti komponen Harapan tanding kerusi Parlimen

Setiap parti komponen Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan bertanding dua kerusi Parlimen di negeri ini dengan nisbah 2:2:2:2 pada PRU14.

Manakala pembahagian kerusi bagi Dun pula, telah 90 peratus selesai dan kesemuanya dijangka akan diumumkan pada Konvensyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada 28 Januari depan.

Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ini bermakna kesemua lapan kerusi parlimen dan 36 kerusi Dun akan ditandingi oleh calon dari pakatan berkenaan.

“Kita berusaha untuk mencapai persetujuan bersama lebih awal kerana ia dapat beri lebih fokus dalam menjalankan kempen, lebih-lebih lagi pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Jadi kita telah dapat satu pertimbangan yang strategik dari segi pengagihan kerusi di mana ia bukan bergantung kepada satu parti, tapi kita cuba menggabungkan kekuatan semua parti di setiap kawasan.

“Kita berharap dalam konvensyen Januari ini nanti ada dua perkara penting yang akan dapat diumumkan iaitu manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan dan senarai agihan kerusi yang akan ditandingi oleh setiap parti komponen,”katanya pada sidang media diadakan hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.

Bagaimanapun katanya,soal siapa calon akan ditentukan oleh parti masing-masing dan beliau berharap apa sahaja keputusannya nanti akan dihormati.

Untuk rekod, daripada 36 kerusi Dun DAP memenangi (11 kerusi) Dun pada pilihan raya lalu, PKR (3 kerusi) dan BN 22 kerusi.

BN turut memenangi 5 daripada 8 kerusi Parlimen, manakala 2 kerusi dimenangi DAP dan 1 oleh PKR.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264269Total visitors:
  • Skip to toolbar