Tidak Ada Apa Yang Perlu Dibanggakan Dengan Kemampuan 1MDB Membayar Hutang – Tun M

December 28, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Kenyataan syarikat 1MDB semalam kononnya telah berjaya membayar baki hutangnya dengan IPIC berjumlah lebih USD 600 juta, tidak memberi kesan langsung kepada rakyat, jelas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohammad.

Walaupun 1MDB berjaya menyelesaikan hutangnya, hidup berjalan seperti biasa dan rakyat tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengumuman tersebut.  Penurunan harga minyak sebanyak 1 sen yang diumumkan semalam, tidak langsung ada kaitan dengan berita 1MDB berjaya menyelesaikan hutangnya.

Jadi dimanakah manfaatnya, tanya Tun Mahathir?

Lagipun apa yang nak dihairankan kerana menurut sebuah akhbar Singapura, 1MDB menyelesaikan hutang tersebut menerusi penjualan asetnya kepada syarikat dari China.  Selesai hutang dengan menjual aset, tak perliu Arul Kanda pun sesiapa juga boleh melakukan sedemikian kerana dari mula kita memang tahu aset 1MDB melebihi liabilitinya.

Mungkin di pandangan penyokong UMNO yang bodoh, kejayaan membayar hutang ini dianggap satu berita gemberi.  Hakikatnya tidak sebab rakyat tidak mendapat apa kesan daripadanya.  Kos sara hidup dan harga barang persekolahan, semuanya semakin melambung tinggi sehingga ramai ibu bapa yang jatuh miskin kerananya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263328Total visitors:
  • Skip to toolbar