Tun M Akan Serah Pada TS Muhyiddin Jawab Isu Serah Tanah Kepada Singapura

December 28, 2017 by Suara Kebenaran

Category: editor

Dakwaan BN dan UMNO bahawa Tun Mahathir Mohammad menyerahkan sejumlah 54,000 ekar tanah kepada Singapura pada tahun 1990, akan dijawab oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini sedang bercuti di luar negara menurut pegawai Yayasan Kepimpinan Perdana yang dihubungi sebentar tadi.

Pegawai berkenaan berkata, sebaiknya isu ini dijawab oleh Tan Sri sendiri memandangkan pada tahun tersebut beliau adalah Menteri Besar Johor dan seterusnya memang tahu selok belok penyerahan tanah ini – sekiranya ia benar berlaku.

Dalam masa yang sama, beberapa pemimpin utama PPBM melihat UMNO membuat kesilapan bila membangkitkan perkara ini kerana jika benar pun tanah dengan keluasan seperti itu dipindah milik kepada Singapura oleh Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin, ia adalah atas kapasiti mereka berdua sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar kerajaan BN.

Hujung-hujung nanti yang bersalah, adalah BN, bukan Tun atau Tan Sri.

Lainlah kalau tanah yang dipindah milik itu milik peribadi Tun atau Tan Sri, itu mungkinlah boleh dipersalahkan kepada mereka berdua, tapi tanah itu jelasnya milik kerajaan negeri   Tanggungjawab itu perlu dipikul kerajaan yang memerintah, bukan siapa yang memerintah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298729Total visitors:
  • Skip to toolbar