Arkib Bulan: December, 2017

Seorang Lagi Wakil BN Bantah Persempadanan SPR

Seorang lagi wakil BN menyuarakan bantahannya di siasatan awam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk cadangan persempadanan semula di Selangor, selepas dua pemimpin Umno berbuat demikian pada sesi semalam. Pemimpin peringkat cawangan MCA Bahagian Subang, BL Yong hari ini membantah cadangan SPR untuk mewujudkan dua kawasan Parlimen baru – P106 Damansara dan P107 Sungai Buloh – Read More

Mufti Tegur Penceramah Fokus Isu Remeh

Pendakwah dan golongan agamawan dinasihati supaya tidak terlalu fokus terhadap perkara remeh- temeh sehingga boleh menimbulkan ketegangan dalam masyarakat. Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata pendakwah seharusnya memberi penekanan kepada isu lebih besar seperti ekonomi dan pendidikan Islam yang boleh memberi manfaat kepada semua. “Ustaz (saya) sebenarnya tak suka ulama-ulama Read More

Hari Keluarga Bersatu Bahagian Merbok Meriah

Kehadiran kira-kira 500 peserta sempena Hari Keluarga Bersatu Bahagian Merbok yang dianjurkan membuktikan sokongan padu rakyat sekaligus kepercayaan tinggi terhadap parti itu. Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah merangkap Ketua Bahagian Bersatu Merbok, Mejar B Anuar Abdul Hamid berkata, kehadiran begitu ramai ahli adalah sesuatu di luar jangkaan memandangkan masing-masing masih belum mengenali antara satu Read More

Pembangkang Persoalkan Integriti Pengurusan Felda

Felda yang sekali lagi terpalit dengan skandal membuatkan pembangkang mempersoalkan integriti pengurusan keseluruhan badan induk tersebut. Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh mempersoalkan sampai bila perkara pecah amanah harta rakyat ini dengan sengaja mahu terus dilakukan oleh mereka yang memegang kuasa dalam Felda? “Peneroka yang menjadi mangsa kepada kegelojohan mereka hingga terpaksa menanggung bebanan Read More

Tumpu PRU, Jangan Dengar Berita Fitnah

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan ahli parti itu agar menumpukan perhatian kepada persiapan menghadapi PRU14 daripada melayan berita-berita fitnah. Beliau berkata, beliau tidak mahu tumpuan ahli terganggu dengan berita-berita fitnah khususnya khabar angin yang mengaitkan wakil rakyat Pas di Selangor kononnya akan melompat parti menyertai PKR. Tuan Ibrahim berkata, berita fitnah Read More

Pas Fokus Kerusi Melayu

Pas bakal bertanding di sekurang-kurangnya 42 kerusi Dun dan 20 kerusi Parlimen di Selangor menjelang PRU14. Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, parti itu komited untuk terus menerajui kesejahteraan Selangor melalui Gagasan Sejahtera setelah tidak lagi bersama Pakatan Harapan. “Bila kita tak ada hubungan politik lagi dengan PKR dan DAP, bermakna Read More

Isu Felda Boleh Jejas BN

Isu pemindahan tanah hak milik Felda di Jalan Semarak perlu diberikan perhatian serius kerana sedikit sebanyak boleh mempengaruhi sokongan rakyat terhadap BN pada PRU akan datang. Penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir berkata, isu itu juga boleh mempengaruhi pola pengundian pada PRU14 kerana 54 kerusi Parlimen terletak di dalam kawasan tanah rancangan. Beliau berkata, Read More

Chef Wan: Dulu Felda, Sekarang ‘Failed Dah’

Skandal Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) turut mengusik hati chef selebriti Chef Wan. Chef Wan yang nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menyatakan rasa berangnya itu di Instagram beliau dengan tulisan pedas: “Dulu, felda. Now, failed dah.” Dalam kapsyen, beliau yang juga anak peneroka itu, berkata keluarga-keluarga Felda yang berjuang bertahun-tahun pasti geram dan sakit hati Read More

Samanlah, Kata Guan Eng Pada Hadi

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menggesa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyaman New Straits Times (NST) jika benar akhbar itu melaporkan kenyataannya secara salah. Lim berkata perkara itu penting kerana kandungan laporan itu menyakiti golongan bukan Islam dan bukan Melayu. “Saya harap beliau akan saman NST jika apa yang dilaporkan itu tidak Read More

Kit Siang Kena Kanser

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang disahkan menghidap kanser tahap pertama. Bagaimanapun, kata Setiausaha Agung DAP Guan Eng yang juga anaknya, doktor berjaya membuang tumor kecil pada buah pinggangnya dan beliau dijangka pulih tanpa sebarang komplikasi. “Doktor juga menjangkakan beliau pulih sepenuhnya. “Sdr Lim (Kit Siang) sedang beransur sembuh daripada pembedahan dan telah mula bersiar Read More

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263712Total visitors:
  • Skip to toolbar