Bukan Sekadar EPL, Semua Filem Disiarkan Tanpa Sebarang Pemotongan

January 9, 2018 by Caspian

Category: editor

Semasa Konvensyen Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, Ahad lalu, antara ketetapan yang diambil oleh Pemuda Harapan adalah menyiarkan siaran langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris dan menentapkan gaji minimum RM 2,500 untuk semua pekerja di Malaysia.

Namun begitu, ada satu lagi ketetapan yang dibuat oleh Pemuda Harapan namun masih belum boleh diumumkan secara rasmi disebabkan memerlukan penelitian yang lebih khusus.

Menurut sumber, ketetapan berkenaan adalah menyiarkan semua filem dalam dan luar negara tanpa perlu menjalani proses penapisan dan pemotongan daripada FINAS.

Alasan yang diberikan sama sahaja iaitu menyajikan siaran yang lebih berkualiti tanpa mengganggu penghayatan sesebuah drama ataupun filem yang diterbitkan dari dalam dan luar negara.

Kita selalu terganggu dengan pemotongan babak-babak tertentu sehingga kita sendiri tidak lagi memahami jalan cerita sesebuah drama ataupun filem. Justeru, Pemuda Harapan telahpun mencadangkan kepada kepimpinan tertinggi untuk memasukkan ketetapan ini supaya mampu menarik golongan muda menyokong Harapan.

Tambah sumber ini lagi, rakyat Malaysia semua sudah bijak menilai dan mencapai pemikiran tahap negara maju. Adegan seperti bercium, berbogel mahupun mengadakan hubungan seks ini bukanlah satu perkara yang menjadi halangan untuk semua pihak menikmati tayangan drama dan filem yang lebih terbuka tanpa pemotongan dan penapisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263333Total visitors:
  • Skip to toolbar