Najib Tagih Derma Lagi Dari Arab Saudi?

January 9, 2018 by Caspian

Category: editor

Bermula semalam, Datuk Seri Najib Razak terbang untuk kesekian kalinya ke Arab Saudi dengan alasan mengadakan lawatan kerja dan mengerjakan Umrah.

Namun begitu, bagi kebanyakan para pemimpin Pakatan Harapan, mereka melihat kunjungan Najib kali ini tidak lebih dari sekadar untuk cuba mendapatkan derma baru untuk UMNO dan Barisan Nasional.

Manakan tidak, di saat ambang Pilihan Raya Umum ke 14 semakin tiba, sudah tentu UMNO dan BN amat memerlukan dana yang besar untuk mengharungi tempoh getir mereka.

Sekiranya UMNO ataupun BN tidak memperolehi dana yang secukupnya, sudah tentu UMNO dan BN akan tumbang kepada Pakatan Harapan dan perkara inilah yang mahu dielakkan oleh Najib.

Seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, kali ini, Najib menyedari bahawa Pakatan Harapan semakin hari semakin kuat dengan Tun Dr Mahathir kini menerajui Pakatan Harapan dalam misi menumbangkan UMNO, BN dan Naib sendiri.

Inilah yang telah memaksa Najib terbang ke Arab Saudi buat kesekian kalinya dengan harapan supaya UMNO dan BN mendapat durian runtuh sekali lagi seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263333Total visitors:
  • Skip to toolbar