PH Perlukan Dana Dari Tun Mahathir – Amanah

January 9, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Menurut seorang pemimpin Amanah Wilayah Persekutuan, tindakan Pakatan Harapan memperuntukkan 52 kerusi parlimen kepada PPBM kerana kita memerlukan dana daripada beliau untuk menghadapi PRU14 yang akan datang.

Tun Mahathir disokong oleh begitu ramai ahli politik berpengaruh dan dengan itu mudah untuk mendapatkan dana untuk menghadapi pilihanraya.

Pakatan Harapan memerlukan lebih RM 1 billion untuk menghadapi PRU14.  BN dijangka berbelanja 3 kali ganda lebih banyak dari itu.  Bagaimana mungkin Pakatan Harapan dapat menyaingi BN kerana kita mengamalkan pentadbiran yang bersih dan bebas rasuah, sukar untuk mendapatkan dana yang sebegitu banyak.

Amanah pula tidak mampu mendapatkan dana yang besar.  Sebab itu Presiden Amahan, Tuan Haji Mohamad Sabu tidak membantah peruntukan 27 kerusi parlimen untuk Semenanjung kerana hanya jumlah itu sahaja yang mampu Amanah bertanding.

Bukan murah untuk bertanding dalam pilihanraya, apatah lagi dengan kos sekarang yang semakin meningkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263334Total visitors:
  • Skip to toolbar