DS Anwar Masih Lagi Pemimpin Ulung

January 10, 2018 by Caspian

Category: editor

Ketika ramai yang mengkritik pencalonan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri baru-baru ini, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu kita nafikan kehebatannya.

Manakan tidak, walaupun Tun M berjaya menerajui Malaysia selama 22 tahun, imej marhain dan mesra rakyat yang dipamerkan oleh Datuk Seri Anwar nyata jauh mengatasi reputasi hebat Tun M.

Malah, tanpa mengira rakan mahupun musuh, setiap kali musibah atau ujian tuhan melanda terhadap dirinya seperti ditimpa sakit, ramai pemimpin negara akan berbondong-bondong datang melawat beliau di hospital.

Terbaru, hari ini dijangkakan, Tun M akan menemui Datuk Seri Anwar di Hospital Kuala Lumpur. Kehadiran Tun M ini diibaratkan seperti meminta restu daripada Datuk Seri Anwar untuk mengambil alih seketika peranan beliau sebagai Ketua Umum Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang.

Inilah bukti yang menunjukkan Datuk Seri Anwar masih lagi relevan dan masih mempunyai auranya yang tersendiri sehinggakan Tun M juga terpanggil untuk bertemu dan mengadakan sedikit perbincangan berhubung hala tuju Pakatan Harapan.

Sememangnya kita beruntung mempunyai pemimpin hebat seperti Datuk Seri Anwar ini. Malah, kita juga beruntung mempunyai seorang bekas Perdana Menteri, dua orang bekas Timbalan Perdana Menteri dan beberapa orang bekas Menteri Besar. Inilah kehebatan Pakatan Harapan di bawah teraju Datuk Seri Anwar dan Tun M itu sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263333Total visitors:
  • Skip to toolbar