Tun Tidak Pernah Bawa Ibu Dalam Pesawat Kerajaan

January 10, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

PPBM akan membuat satu laporan kepada pihak SPRM berhubung dakwaan penyakahgunaan pesawat kerajaan oleh Najib Razak dalam lawatan ke Arab Saudi yang sedang berlangsung sekarang.

Pagi-pagi tadi terdedah senarai rombongan Najib ke Arab Saud atas jemputan negara itu dimana hampir keseluruhan keluarga dan kenalan rapatnya dilihat berada dalam senarai tersebut yang boleh membawa maksud mereka juga dibawa di atas pesawat rasmi kerajaan sama yang digunakan Najib.

Ini berikutan maklumat dari Tun Mahathir sendiri yang mengesahkan tidak ada peruntukkan dalam peraturan kerajaan yang membenarkan ahli keluarga Perdana Menteri seperti ibu bapa untuk menggunakan pesawat rasmi kerajaan.

Sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun tidak pernah membawa ibunya di atas pesawat rasmi kerajaan bebanding Najib hari ini yang bukan sahaja membawa ibunya tetapi adik beradik, menantu, cucu, anak semua sekali.

Jelasnya, salah guna kuasa telah berlaku dan perkara ini amat berat dan perlu diambil tindakan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263333Total visitors:
  • Skip to toolbar