Gagal Jumpa DS Anwar Di Hospital, Tun M Bakal Ke Sungai Buloh Pula

January 11, 2018 by Caspian

Category: editor

Kegagalan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertemu dengan Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital di Cheras semalam nyata tidak melunturkan semangat bakal Perdana Menteri Malaysia ini.

Menurut perkhabaran dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun M dijangka bakal ke Penjara Sungai Buloh pula untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan yang Datuk Seri Anwar berikan kepadanya.

Menurut sumber dalaman parti, kali ini, Jabatan Penjara Malaysia tidak lagi boleh menghalang Tun M dari melawat Datuk Seri Anwar kerana ianya dilakukan di dalam penjara dan bukannya tempat terbuka seperti di hospital, semalam.

Tegas sumber ini lagi, mereka difahamkan, Tun M begitu kecewa dengan layanan yang diberikan oleh Jabatan Penjara semasa beliau mahu bertemu dengan Datuk Seri Anwar. Beliau dikatakan tidak faham, kenapa Datuk Seri Anwar dikawal dengan begitu ketat sekali.

Ini kerana, menurut Tun M lagi, Datuk Seri Anwar bukan melakukan kesalahan berat seperti membunuh, merogol ataupun merompak. Sebaliknya, Datuk Seri Anwar hanhya menjalani hukuman penjara atas kesalahan liwat dan ianya tidak mengancam keselamatan sesiapa pun termasuk diri Tun M.

Justeru, Tun M merasakan sudah tiba masanya untuk beliau datang kepenjara Sungai Buloh bagi melawat sendiri keadaan Datuk Seri Anwar dan mengucapkan terima kasih. Dijangkakan, Tun M akan melakukan lawatan berkenaan dalam tempoh terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263333Total visitors:
  • Skip to toolbar