Pemuda Pakatan Sokong Kenyataan Tun, Tol Di Malaysia Memang Murah

January 11, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Pemuda Pakatan Harapan hari ini menyokong kenyataan Pengerusi dan bakal Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohammad bahawa tol di Malaysia sudah murah dan dengan itu perlu dikekalkan.

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Abdul Rahman mengesahkan apa yang dikatakan Tun Mahathir itu adalah benar.

Lagipun, setelah mengambil kira jumlah pampasan yang dibayar pentadbiran Najib kepada pengendali 4 lebuhraya yang konsesinya ditamatkan berkuatkuasa 1 January yang lepas, jelas kerajaan perlu membayar pampasan yang tinggi kalau mahu menamatkan kutipan tol.

Sedangkan negara ini sudah tidak ada wang lagi dikerjakan kerajaan Najib dan dengan itu tidak mampu untuk menanggung kos pengambil alihan tersebut yang dianggarkan bernilai lebih RM 300 billion untuk lebuhraya utara selatan (PLUS) saja.

Belum lagi ambil kira konsesi-konsesi tol yang lain seperti Lekas,LPT dan sebagainya.  Semua ini kalau dilaksanakan, bakal menyebabkan negara bankrap lebih cepat dari yang dijangkakan, “lebih baik tak payah tukar kerajaan kalau macam itu”, jelasnya lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263334Total visitors:
  • Skip to toolbar