Henti Kaitkan Farid Kamil Dengan Tun Mahathir – PPBM

January 12, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

PPBM hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar berhenti mengaitkan Tun Mahathir dengan Datuk Farid Kamil yang ditahan kerana menyerang anggota polis dan orang awam semalam.

Dalam kejadian tersebut, 2 orang awam dan seorang anggota polis diserang tanpa provokasi oleh Farid yang baru sahaja menerima darjah kebesaran membawa gelaran Datuk dari Pahang.  Farid dikatakan mahu membuat laporan polis atas satu kes kemalangan jalan raya.

Tun jelas PPBM, tidak ada kena mengena dengan Farid malah kurang mengenali aktor tersebut.

Hanya kerana Farid berjumpa dengan Tun beberapa hari selepas menerima pingat Datuk dari Pahang, itu bukan bererti apa-apa kerana ramai orang dari pelbagai peringkat berjumpa dengan Tun di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.  Farid meminta nasihat dari negarawan seperti Tun dan Tun memberi nasihat yang baik juga kepadanya.

Sebagai seorang yang baru mendapat anugerah Datuk pada usia muda, sememangnya wajar untuk Farid berjumpa dengan Tun yang sudah mempunyai pelbagai gelaran dan pingat.

Sama ada Farid mahu mengikut nasihat Tun atau tidak, itu bukan isu.

PPBM jamin akan mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berterusan demi memelihara imej Tun sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 7.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263334Total visitors:
  • Skip to toolbar