Isu Farid Kamil : Armada Minta Tun M Jauhkan Diri Dari Semua Golongan Artis

January 12, 2018 by Caspian

Category: editor

Petang semalam, secara tiba-tiba pelakon dan pengarah tersohor, Datuk Farid Kamil di tahan oleh pihak polis disebabkan kelakuan liarnya yang menampar seorang anggota polis dan menyerang 2 orang awam yang berada di dalam balai berkenaan.

Lebih memburukkan keadaan, menerusi saringan air kencing pelakon berkenaan, dia didapati positif ganja.

Ketika mengulas tentang hal ini, salah seorang Exco tertinggi Armada Bersatu memberitahu, pihaknya akan meminta Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menasihati Tun Dr Mahathir supaya menjauhkan diri dari semua golongan artis.

Ini kerana, tegasnya penting supaya maruah Tun M dan imej bersih Tun M kekal terpelihara. Ujarnya lagi, tidak kira siapa sekalipun, sukar untuk mengesan samada golongan artis sebegini ada ataupun tidak mengambil barang terlarang berkenaan.

Untuk rekod, Farid Kamil sememangnya seorang penyokong tegar perjuangan Tun M untuk menyelamatkan negara dari kleptokrasi. Malah, Farid sendiri pernah menerbitkan satu video pendek di laman Instagramnya bagi menyatakan sokongannya terhadap Tun M.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263334Total visitors:
  • Skip to toolbar