Kertas Siasatan Tanah Felda Ke AG Minggu Depan

January 12, 2018 by Caspian

Category: politik

Ketua Polis Negara berkata kertas siasatan berhubung kes pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur dijangka dapat diserahkan kepada Peguam Negara minggu depan.

Bagaimanapun, kata Tan Sri Mohamad Fuzi Harun polis tidak akan mendedahkan butiran lain mengenai kertas siasatan berkenaan.

“Siasatan sedang berjalan. Dijangka ia akan serahkan kepada pejabat Peguam Negara pada minggu depan,” katanya kepada media di ibu negara hari ini.

Ditanya lebih lanjut kemungkinan ia kini semakin hampir diselesaikan Mohamad Fuzi berkata beliau tidak boleh memberi kenyataan mengenainya.

“Tak boleh komen berapa peratus (sudah disiapkan). Ia bergantung kepada siasatan yang sedang berjalan,” katanya.

Pada masa sama Mohamad Fuzi menegaskan pegawai yang bertugas menjalankan siasatan dengan serius

“Mungkin akhir minggu depan (ia akan diserahkan kepada peguam negara) tapi masih bergantung kepada perkembangan siasatan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263334Total visitors:
  • Skip to toolbar