Mungkin Konspirasi Halang Artis Sokong Tun Mahathir – Fathia

January 12, 2018 by Suara Kebenaran

Category: editor

Penahanan ke atas Datuk Farid Kamil semalam mungkin sebahagian dari konspirasi untuk menghalang golongan artis dari memberikan sokongan kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, kata artis Fathia Latif seperti dipetik sumbernya.

Kerajaan BN diketahui mempunyai hubungan yang buruk dengan golongan artis.  Pada pertengahan 90-an, kerajaan BN meng’gam’ komposer tersohor, M Nasir (sekarang Datuk) hanya kerana beliau bertanya Presiden UMNO pada waktu itu siapa.

Hanya sebab itu saja karya beliau diharamkan di semua stesen radio dan TV milik kerajaan,

Justeru, tidak menghairankan kalau keadaan yang sama wujud dalam kes membabitkan Farid Kamil ini jelas sumber tersebut.  BN tidak boleh menerima hakikat semua artis tidak lagi menyokong kerajaan sedia ada yang dilihat gagal menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Sumber yang sama turut bimbang jika Fathia yang turut rapat dengan Tun, diperangkap dengan cara yang sama oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.  Apatah lagi Fathia gemar berkongsi mesej anti kerajaan di laman Twitter miliknya.

Sebelum ini, sejak video bogelnya didedakan melalui aplikasi Beego, Fathia beberapa kali cuba dikaitkan dengan pengambilan dadah jenis Ice, walaupun tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan tersebut.  Farid dikatakan mengambil dadah jenis ganja sehingga mendorongnya berkelakuan begitu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263334Total visitors:
  • Skip to toolbar