Pas Kini Bersih Syiah

January 12, 2018 by Caspian

Category: politik

Jika sebelum ini Pas dikaitkan dengan pemimpin dan ahlinya yang berfahaman Syiah, namun perkara itu sudah tidak berlaku lagi.

Ketua Asabiqun Selangor, Mohd Suhaimi Muhd Long berkata, Pas kini sudah bersih dan kesemua ahlinya sudah berada di landasan yang betul.

“Perkara mengenai Syiah sudah tidak berlaku lagi sejak ada beberapa pemimpin yang berhaluan itu sudah keluar.

“Jadi, pengikut-pengikut mereka juga sudah angkat kaki. Saya boleh katakan hampir 5,000 ahli Pas yang berfahaman itu sudah meninggalkan Pas bersama pemimpin mereka,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Beliau berkata, tidak hanya mereka yang berfahaman Syiah namun ‘puak-puak’ yang menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk mengejar pangkat juga sudah angkat kaki.

“Dulu ada orang masuk Pas sebab nak pegang jawatan, nak sebar perkara tidak baik, tetapi Alhamdulillah, Pas sudah bersih, selamat.

“Walaupun yang keluar jumlahnya macam ramai, tetapi keahlian yang diterima selepas itu lebih banyak. Pas menerima hampir 50,000 ahli baru selepas kehilangan ahli yang sedikit,” katanya.

Katanya lagi,pemimpin dan ahli yang ada sekarang ini adalah mereka yang tahu akan perjuangan sebenar Pas dan bersedia bersama parti dalam susah dan senang.

Sementara itu, veteran Pas Subky Abdul Latif pula berkata, Pas tidak pernah menjatuhkan hukuman keras kepada mereka yang menganut fahaman Syiah.

“Pas tak pernah putuskan mereka ini sebagai kafir kerana jika kalau jatuh hukum sebegitu, semakin berkuranglah orang Islam,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263334Total visitors:
  • Skip to toolbar