Polis Sokong CCTV Di Sekolah Tapi Persoal Bajet

January 12, 2018 by Caspian

Category: politik

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menyokong langkah Kementerian Pendidikan untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berisiko tinggi,

Bagaimanapun, Mohamad Fuzi menimbulkan persoalan sama ada pihak kementerian mempunyai bajet mencukupi untuk melaksanakan cadangan itu.

“Kita (polis) ada wakil di setiap sekolah iaitu kita sebut pegawai perhubungan. Kementerian pun nak kita uruskan di semua sekolah tapi sukar sebab kekurangan anggota.

“Jadi salah satu alternatif yang dirangka ialah pihak kementerian pasang CCTV.

“Tapi adakah mereka punyai bajet untuk berbuat demikian? Kita sokong memang perkara baik tapi dari segi kewangan mungkin pihak mereka perlu fikir,” katanya pada sidang media di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung cadangan Kementerian Pendidikan untuk memasang CCTV di sekolah-sekolah berisiko tinggi.

Menurut laporan media, Kementerian Pendidikan sedang mengenal pasti sekolah terbabit bagi memantau perbuatan jenayah dan mengawal keselamatan sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263334Total visitors:
  • Skip to toolbar