Harapan Terengganu Dalam Proses Lengkapkan Calon

January 16, 2018 by Caspian

Category: politik

Harapan Terengganu dalam proses lengkapkan calon

Pakatan Harapan (Harapan) Terengganu sedang dalam proses melengkapkan calon masing-masing yang akan diketengahkan, khususnya di peringkat kerusi Parlimen pada PRU14.

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Terengganu, Azan Ismail berkata, pembahagian yang diputuskan oleh Pusat telah selesai dan tanggungjawab parti-parti terlibat untuk memastikan kejayaan di peringkat Persekutuan.

Beliau yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata, pihaknya di peringkat parti telah pun menghantar senarai nama calon di peringkat Parlimen dan Dun untuk disaring dan kini berada di peringkat akhir.

“Untuk PKR, kita telah menyiapkan kesemua calon (Dun dan Parlimen) kita dan sebahagian besar daripada calon parti-parti rakan kita telah pun siap. PKR telah penuh (senarai cadangan nama calon), manakala Bersatu dan Amanah hampir lengkap,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas mengenai pengumuman Harapan berhubung pembahagian kerusi Parlimen di seluruh Semenanjung termasuk Terengganu iaitu PKR bakal bertanding di Parlimen Dungun dan Kemaman, Amanah (Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus) dan Bersatu (Hulu Terengganu, Setiu dan Besut).

Mengulas lanjut, Azan berharap semua pihak dapat menerima keputusan pembahagian kerusi tersebut dengan berlapang dada.

Beliau berkata, walaupun mengakui pihaknya sedikit terkilan dengan pembahagian kerusi tersebut, namun menyambutnya dengan hati terbuka sambil menyifatkannya ia adalah yang terbaik kerana yakin Pusat mengambil kira semua faktor secara keseluruhan.

Beliau berkata, sekiranya mana-mana tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, mereka seharusnya mengambil panduan terhadap sikap PKR Terengganu yang mengetepikan parti sendiri bagi mengutamakan kepentingan Harapan serta mengetepikan kepentingan parti secara individu yang keterlaluan.

Apatah lagi katanya, dengan kedudukan PKR yang jauh lebih lama bertapak di Terengganu berbanding Bersatu dan Amanah serta mempunyai persiapan dan keanggotaan yang lebih mantap, pihaknya sebelum ini menjangka diberi kepercayaan menerajui serta bertanding di banyak kerusi, namun sebaliknya lebih sedikit berbanding yang lain.

“Saya terima keputusan itu kerana itu adalah keputusan parti dan tiada orang yang boleh mengaku parti itu milik sesiapa. Tiada siapa yang memiliki atau memonopoli dalam Pakatan Harapan.

“Saya minta kepada semua parti di peringkat Terengganu, ahli dan sebagainya terima keputusan ini dengan dada terbuka kerana yang mustahak adalah keputusan pilihan raya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276263Total visitors:
  • Skip to toolbar