Orang Cina Sedang Menilai Tun Mahathir

January 19, 2018 by Caspian

Category: politik

Orang Cina sedang menilai Tun Mahathir

Penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Pakatan Harapan dijangka beri kesan kepada pengundian masyarakat Cina terhadap gabungan itu.

Ahli Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw mengakui, masyarakat Cina ketika ini sedang menilai sumbangan, jasa dan tujuan Mahathir menyertai Harapan.

“Jika bercakap soal trend pengundi Cina di Malaysia, biasanya di kawasan bandar di mana-mana negara pun memihak kepada pembangkang, cuma kali ini masalahnya rumit sedikit iaitu keadaan politik telah berubah terutama apabila Mahathir jadi pemimpin pembangkang.

“Mengapa beliau berbuat demikian dan sebagainya. Semua orang sedang menilai apakah akan dibuat pemimpin lama ini,” katanya dalam sesi temu bual di Facebook Live Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada pengundi Cina akan menyokong Mahathir, beliau berkata, perkara itu sukar diramalkan.

Seng Giaw mengakui DAP berdepan cabaran memenangi kerusi campuran setelah parti itu memutuskan hubungan dengan Pas.

“Pas memang ada sokongan masyarakat Melayu dan Islam. Apabila Pas keluar (Pakatan Rakyat), banyak tempat yang ada pengundi Islam kita belum tahu lagi, sama ada mereka akan tinggalkan DAP atau tidak.

“Tanpa Pas, ada sesetengah kawasan lebih susah dimenangi, contohnya di kerusi campuran, peratusan pengundi Islam tinggi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276265Total visitors:
  • Skip to toolbar