Umno Tetap Mahu Rampas Kelantan

January 19, 2018 by Caspian

Category: politik

Mustapa Mohamed

Dakwaan mengatakan Umno akan memberi laluan kepada Pas menguasai Negeri Kelantan hanyalah isu dicipta pembangkang sebagai modal berdepan pilihan raya umum nanti.

Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tuduhan mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan negeri ini kepada Pas hanya mahu menggambarkan Umno Kelantan tidak serius dalam merampas semula Kelantan dari Pas.

“Kita tidak akan beri kemenangan mudah kepada Pas, malah Datuk Seri Najib juga tahu dengan kerja keras Umno Kelantan dalam merealisasikan impian tersebut,” katanya selepas Program Sembang Pagi bersama penduduk Kampung Banggol Kulim.

Hadir sama Ketua Umno Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK), Datuk Ab Ghani Harun.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendakwa Najib akan menyerahkan Kelantan kepada Pas.

Katanya, ia adalah salah satu strategi kerjasama pilihan raya Pas-Umno yang dibuat secara sulit, tanpa rundingan dari mana-mana kepimpinan Umno Kelantan.

Mustapa yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, ketika ini pimpinan negeri berada dalam keadaan terbaik bagi mengembalikan Kelantan ditangan Umno.

“Bukan sahaja kami pimpinan Umno tertinggi Negeri bersemangat, malah kita dapat lihat sokongan terhadap Umno di peringkat akar umbi juga meningkat, kita yakin kita mampu melakukan sesuatu,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, persaingan tiga penjuru dalam PRU ini juga akan membantu Umno memenangi semula Kelantan.

Katanya, peluang lebih cerah sekiranya undi berpecah dan memberi ruang kepada Umno untuk meningkatkan undi majoriti.

“Ada beri pendapat BN akan untung jika berlaku tiga penjuru tapi ada juga pendapat Pas untung kalau hanya dua penjuru.

“Semua ada pendapat berbeza tapi matlamat kita adalah menguatkan BN di Kelantan tak kira berapa penjuru sekalipun. Kita yakin akan berlaku perubahan serta kemenangan berpihak kepada BN,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276263Total visitors:
  • Skip to toolbar