Arkib Bulan: January, 2018

‘Universiti Bukan Untuk Latih Jadi Pemandu, Jual Nasi Lemak’

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kewujudan lepasan universiti yang terpaksa menjual nasi lemak, menjadi pemandu Uber dan seumpamanya adalah petanda kegagalan kerajaan di negara ini. Menurut bekas perdana menteri itu seseorang rakyat di negara ini memasuki universiti bukan bertujuan untuk menjadi penjual nasi lemak atau pemandu. Katanya, golongan terbabit menyara hidup dengan menjual nasi lemak Read More

HARAPAN Mampu Rampas Ayer Hitam, Kata Pemimpin DAP

Walaupun dianggap sukar tetapi tidak mustahil bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) merampas kerusi Parlimen Ayer Hitam pada pilihan raya umum akan datang, kata pemimpin DAP Johor. Naib Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata pada pilihan raya lepas, pihak pembangkang berjaya menguasai 21 peratus undi Melayu di Ayer Hitam, jauh lebih rendah daripada yang dicapai oleh Read More

Muhyiddin Seperti Lembu Dicucuk Hidung

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin digambarkan seperti ‘lembu dicucuk hidung’ apabila akur dengan segala kemahuan Tun Dr Mahathir Mohamad. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa, Muhyiddin sendiri menyatakan kesediaannya sebagai kuli dalam satu majlis ceramah. Beliau berkata, apa yang berlaku kepada Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu adalah gambaran sebenar bahawa Mahathir Read More

Pas Bakal Jual Undi Kepada BN? – Mahfuz

Bekas pemimpin Pas, Datuk Mahfuz Omar mendakwa, Pas kini menjadi parti yang tidak berprinsip apabila memberi bayangan akan kesanggupaan mereka untuk menyokong BN. Ahli Parlimen Bebas, dari Pokok Sena itu berkata, dakwaan itu dibuktikan dengan rentak politik Pas mutakhir ini yang nampak tidak bersungguh bersuara di atas segala kerosakan dan skandal yang berlaku daripada ‘tangan’ Read More

Tun M Minta Pas Buat Pendirian Sokong Siapa

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak. Menurutnya, pendirian itu penting kerana seperti yang dimaklumkan ahli Umno, ada kalangan mereka juga sudah tidak setuju mengangkat Najib sebagai pemimpin mereka. “Kita nak tahu Pas Read More

Sedia Bincang, Tapi Perlu Kemukakan Calon Alternatif

Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia mendengar sebab-sebab bantahan daripada kepimpinan PKR Selangor berhubung isu penolakan beliau sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan. Menurutnya, pihak yang membantah perlu memaklumkan siapakah calon alternatif yang dilihat layak bertanding berbanding dirinya, menerusi rundingan yang akan dibuat tanpa memaklumkan masa dan tarikh dengan terperinci. “Ini kita nak Read More

Harapan Terengganu Dalam Proses Lengkapkan Calon

Pakatan Harapan (Harapan) Terengganu sedang dalam proses melengkapkan calon masing-masing yang akan diketengahkan, khususnya di peringkat kerusi Parlimen pada PRU14. Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Terengganu, Azan Ismail berkata, pembahagian yang diputuskan oleh Pusat telah selesai dan tanggungjawab parti-parti terlibat untuk memastikan kejayaan di peringkat Persekutuan. Beliau yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata, pihaknya di Read More

Penyelesaian Ajaib Isu Kehilangan Tanah Felda

Adakah penyelesaian skandal “kehilangan” hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semudah itu? Adakah kes itu dikira selesai semata-mata hanya kerana hak milik ke atas 16 lot tanah yang dikatakan hilang itu sudah dipulangkan? Kalau itulah caranya, nampak sangat bahawa ada silap mata dalam “kehilangan” dan “perolehan balik” tanah bernilai tinggi itu. Hanya Read More

Dr M: Isu PKR Selangor Tak Sokong Saya Tak Perlu Media Tahu

Isu mengenai calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah perkara dalaman, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. Oleh itu, beliau berkata, tidak perlu bagi media mengetahui tentang perselisihan mereka mengenai perkara itu. “Kita bukan nak tolak siapa-siapa, tentu ada yang tak setuju. “Kalau tak setuju kita boleh dengar, siapa calon ganti. “Ini semua perkara dalaman, tak Read More

Dr M Dan Wan Azizah Jelajah Negara Menjelang PRU

Calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjelajah ke seluruh negara mulai Februari ini. Mahathir berkata siri jelajahnya ke setiap negeri, akan berlangsung setiap minggu. “Kita ada 14 minggu sahaja kalau kita anggap bahawa pilihan raya umum (akan diadakan) Read More

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263710Total visitors:
  • Skip to toolbar